kedah darul aman

Loading...

Saturday, 18 June 2011

Kedah Language

1. ASAG 

= Asal dari perkataan 'asar' (solat asar)

Jangan takut jadi imam.
contoh ayat:
- 'Dok ralit tengok natang Astro ni, dah semayang asag ka?', sound Pak Maun
pada menantunya Lokman, yang dari tadi asyik melayan Cartoon Network. 
'Asag' ni kita berjemaah tau, hang jadi imam', pinta Wak Rudin pada
Pak Asbol yang kelihatan mula berpeluh.


2. AYAG
= Air

Air suam pun kena bayor.
contoh ayat:
- 'Ayag suam pun dua kupang segelas, celakoi betoi tokey kedai ni,' rungut
Yaakob pada rakannya Saleh.
- Air Hangat di Langkawi disebut 'ayaghangat' oleh orang-orang di Utara.
- 'Ayag kopi cayag, susu pula bakiag, aku tak kelapag bayag...,' M.Nasir memarahi
pemilik warung itu, Pak Bakag yang cukupkahag dan kurang ajag.




3. AWAI
= Awal

Osaman sedang kusyuk semayang
subuh pada pukul lapan pagi...
contoh ayat:
- 'Tidog awai mangkit awai... lagutu la baguih,' kata ustaz Razi pada sesi kuliah Subuh
di Surau Saujana Mata Memandang yang lebih banyak tiang dari orang.
- 'Cuba solat Subuh awai sikit, bukan Subuh gajah!'. Pakcik Hassan meleteri anaknya Osaman yang selalu solat dua rakaat tersebut pada pukul lapan pagi.
- Pi kerja sayup, tang balik nak awai. Itulah watak Rosli dalam kartun 'Halo Bos' yang dilukis
oleh kartunis Dee yang terkenal dengan 'tagline mis..g in ac....n' itu.Cheh!

4. ANJIN
= Anjing

contoh ayat:
'Anjin ni nak kena balin ketin!' Marah Maro pada anjing jiran, tiga pintu dari rumahnya yang sering menyalak awal pagi.
- Bagai 'kucin dengan anjin' adalah perumpamaan bagi saudara-mara yang suka bergaduh.
- Jika kita terpijak taik anjin, kita wajib menyamak tempat yang terkena najis itu. 

5. AKAI
= Akal
= Helah

contoh ayat:
- 'Sapa takdak akai ni, berak pun tak reti nak pam!,... Apis merungut sendirian didalam
tandas di pejabat Presiden di White House.
- 'Banyak akai Yahudi ni..., semua dia nak kona bagi untung dia', bisik sesama ajk OIC yang
kurang akai bagaimana nak menyetel masalah di Asia Barat.

6. AJAI
= Ajal

contoh ayat:
- 'Dah sampai ajai, matila kita', kata ustaz Ajai Mat Tapai dalam satu kuliah Maghrib di
Surau Kampung Petai.

7. ARAH
Adik Zaidi, Hawarudin pun sama 'takde arah'.
= Ketahuan /takde kerja
contoh ayat:
- 'Budak ni takdak arahkut, dok musin sana, musin sini dengan gerek tua tu,'... ngomel
Makcik Senah pada anaknya, Zaidi dihalaman rumah.



8. ACAQ
=  Air kumbahan basuhan


contoh ayat:
- Itik serati asyik menyudu air acaq dibelakang dapur rumah Kak Chaq.

trrrrrrrrrrrrrr....


9. AKAQ
= Akar pokok
Krup..krappp... mengunyah
roti akag nyog memang asyik.


contoh ayat:
- Pak Mat tempe terjatuh kerana tersandung akaq pokok getah ketika lari waktu
hujan lebat tadi.
- 'Roti akaq nyoq' amat popular ditahun 70-an.




10. AJAQ
= Ajar

contoh ayat:
- Nazri Mohd Salleh membuka kelas vokal dan bertindak selaku tenaga peng'ajaq'.
- Azman Taha dituduh kurang ajaq kerana membaling selipar Jepun sewaktu Perdana Menteri Israel berucap di PBB.
- 'Abah.. ajaq la adik macamana nak bawak motor,'... pinta anak kedua Nuek pada suatu petang.

Azman Taha menujukkan aksi bagaimana beliau membaling selipar tepat ke dahi
PM Israel sebelum beliau dikejarkan kehospital berdekatan bagi membuang
peluru yang tertanam dirusuk kiri yang dihadiahkan ejen rahsia Yahudi.

11. ACAT
=  Sejenis makanan (acar)


contoh ayat:
- 'Sedap betoi acat limau dirumah kenduri tadi,' kata Makcik Fasha Fanda kepada
Makcik Tiz Zahkia sambil menunjukkan acar yang diciloknya sedikit didalam kotak bunga telur.
Makan acar berlebihan tidak elok untuk perut
dan boleh menyebabkan percakapan jadi mengarut.

No comments:

Post a Comment